Friday, November 13, 2009

Yakin Boleh Nong Chik


Saya sebenarnya terkejut apabila Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak mengumumkan nama Kementerian Wilayah Persekutuan ditambah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tempoh hari.

Terbayang di mata, kerja keras yang akan dipikul Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang selama ini sudah bekerja gigih untuk memajukan ibukota dari setiap sudut.

Namun saya juga melihat pengumuman kerajaan itu sebagai tanda positif dan simbol simbolik kerajaan untuk memberi lebih tumpuan kepada isu berkaitan kesejahteraan bandar.

Yakin boleh Nong Chik, lihat pengumuman itu juga tanda kepercayaan kerajaan kepada usaha yang telah dilakukan selama ini, pertukaran nama itu juga memberi skop lebih luas terhadap peranan kementerian serta tambahan tugas yang perlu dilakukan kini.

Saya tahu, misi kementerian Nong Chik sendiri untuk menghapuskan kemiskinan di ibu kota juga dilihat dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat.

Kerana itu apabila bertemu sendiri dengan Nong Chik baru-baru ini, Menteri yang sudah melepasi separuh abad itu berjanji akan memberi lebih penekanan kepada isu (kemiskinan) bandar dan katanya tanggungjawab ini akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Baguslah Datuk kalau begitu...selama ini kita mungkin melihat masih ada kelemahan di ibukota, kita sedar ada ruang yang perlu dibaiki, ada lompong yang masih dambakan perubahan.

Jadi apabila Nong Chik membuat muka senyum ala-ala umur 20-annya, saya tahu impiannya untuk melihat Wilayah Persekutuan maju secara keseluruhannya bukan lagi omong kosong.

Selain itu, Nong Chik menjelaskan penambahan nama kementeriannya juga merupakan tanda penghargaan kerajaan sekali gus memberi kesan positif kepada usaha untuk menghapuskan kemiskinan di bandar.

Yakin boleh Datuk, warga kota tahu Nong Chik boleh buat.

Lagi-lagi selepas Nong Chik kata pengumuman kerajaan untuk menambah pembinaan rumah mampu milik juga menjadi teras yang membuktikan usaha Najib untuk membela rakyat selama ini bukan ‘cakap kosong’.

Saya sendiri faham dan merasai sendiri betapa gigihnya Nong Chik ini membela warga kota. Beliau sendiri timbul daripada kesusahan setinggan Kerinchi dan berjuang selama ini untuk memajukan penduduk setempat.

Selamat maju jaya Nong Chik, pengumuman Najib sebenarnya cabaran kerajaan untuk melihat Datuk terus ` jalan ke depan' (baca mengikut intonasi iklan Petronas).

Warga kota semua yakin hasrat kerajaan yang membuktikan keinginannya membela masyarakat akan menjadi kesinambungan kepada Nong Chik untuk terus menjadikan hasrat itu sebagai kenyataan.

Jangan risau Datuk, saya jamin semua akan berdiri di belakang Datuk untuk menyokong setiap usaha memajukan Wilayah Persekutuan.

Penat pasti penat dan hasilnya nanti akan dikenang sehingga akhir hayat

Dan apabila mendengar sendiri janjinya kepada warga kota;

“Saya akan memikul tanggungjawab besar ini dan memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan lancar. Ini tekad saya dan semuanya akan cuba direalisasikan dengan berkesan.”

Berdetik hati saya, orang tua ini pasti boleh, saya yakin dia boleh buat, dia bukan calang-calang manusia...

1 comment:

  1. Nice one moondog!
    couldn't agree more with ur statement "Nong Chik bukan calang2 manusia" I admired him. Tambah plak, die peruntukkan masa di FB, menjawab semua soalan rakyat..
    I remembered, last 2 months balik Msia pergi jalan2 di Jln TAR. Semasa nak buang bekas minuman, tiada langsung tong sampah yg kelihatan di situ. I was really annoyed looking at those sampah sarap merata2..sambil mengutuk alam flora..hehe
    terus, Mr. Husband ajukan soalan ke Nong Chik di FB berkaitan tong sampah di Jln TAR, respond yg sgt pantas dr beliau dan baru sy tahu skrang kenapa tiada tong sampah di sekitar kawasan penjaja disana.
    Anyway, keep on writing!

    ReplyDelete